26 Mac 2019 - 18:13
Media Adalah Musuh Dan Pembangkang - Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan media arus perdana sebagai ‘musuh’ dan ‘parti pembangkang’ selepas beliau bebas daripada sebarang tuduhan berhubung campur tangan Rusia ketika pilihan raya Presiden pada 2016.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan media arus perdana sebagai ‘musuh’ dan ‘parti pembangkang’ selepas beliau bebas daripada sebarang tuduhan berhubung campur tangan Rusia ketika pilihan raya Presiden pada 2016.

“Media arus perdana berada dalam tekanan dan dianggap sebagi korup serta palsu di seluruh dunia.

“Selama dua tahun mereka mengeluarkan berita palsu berkenaan apabila mereka sendiri tahu tiada sebarang campur tangan. Mereka sebenarnya adalah musuh rakyat dan parti pembangkang sebenar,” kata Trump menerusi Twitter. - AFP